Foreign Relation

 

Jalinan kerjasama USIM dengan pelbagai pihak dan institusi adalah bagi memastikan Universiti ini sentiasa menjadi sebuah Universiti yang terkehadapan dan sejagat. Pelbagai pihak telah meletakkan USIM sebagai institusi yang mampu memberi impak positif melalui hubungan strategik yang terjalin dalam bidang penyelidikan, akademik, pengantarabangsaan, penerbitan ilmiah mahupun lain-lain bidang.

Usaha untuk mewujudkan lebih ramai rakan strategik USIM untuk menerokai secara bersama pelbagai bidang baru sentiasa berlaku dari semasa ke semasa. Hubungan Rakan Strategik ini tidak sekadar hanya tertumpu kepada Institusi Pengajian Tinggi dan pihak Industri dalam dan luar negara semata-mata, tetapi turut menjadikan masyarakat sebagai Rakan Strategik yang baik. Antaranya melalui program khas USIM seperti Sekolah Kluster & Sekolah Angkat, Global Islamic Student Outreach (GISO), 1M4U Outreach Centre, University Communyty Transformation Centre (UCTC) yang melibatkan usahasama dengan pelbagai Agensi Kerajaan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).

Berikut adalah senarai lawatan rakan strategik USIM :

- Pelawat USIM (Dalam Negara)

- Pelawat USIM (Antarabangsa)

 

 Pusat Komunikasi Strategik ( StraComm)
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 8028/8142/6004, Faks: +606-798 8204, Emel: helpdesk[at]usim.edu.my