Kata Aluan Pengarah

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

 
Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) berperanan sebagai sebuah jabatan yang menjadi penyampai dan penghubung di antara USIM kepada komuniti dalaman, rakan kongsi serta komuniti luaran USIM. Sebagai pihak yang berada dihadapan, StraComm akan memastikan visi, misi, objektif,  dasar, polisi dan perkembangan USIM difahami dan disampaikan dengan jelas.
 
Peranan utama StraComm adalah untuk merealisasikan misi USIM dalam mengintegrasikan ilmu Naqli dan Aqli sekaligus mentransformasi dan menghasilkan nilai kepada manusia sejagat. Untuk itu StraComm bertekad untuk memotretkan penjenamaan dan memposisi USIM sebagai sebuah institusi global berteraskan pengajian Islam dan pada masa yang sama menerajui ilmu baharu.
 
Berdasarkan keunikan perspektif pendidikan berteraskan paduan antara ilmu Naqli dan Aqli, StraComm sentiasa memastikan komunikasi strategik dua hala yang efektif wujud diantara komuniti dalaman termasuk pelajar, pensyarah dan warga kerja USIM serta komuniti luar termasuk pihak media, institusi kerajaan dan swasta serta masyarakat.
 
Justeru StraComm bertekad dalam memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan efektif. StraComm amat mengalu-alukan pandangan dan cadangan semua pihak bagi memastikan penambahbaikan perkhidmatan dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa.
 
 
Dr. Faizal Kasmani
Pengarah Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)


 

 

 

 

 Pusat Komunikasi Strategik ( StraComm)
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 8028/8142/6004, Faks: +606-798 8204, Emel: helpdesk[at]usim.edu.my