Pengenalan

   
Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) secara umumnya berperanan sebagai sebuah jabatan yang menjadi penyampai dan penghubung di antara USIM dengan pihak luar dan stakeholder Universiti. StraComm menjadi pihak yang berada dihadapan Universiti bagi menerangkan visi, misi, objektif, dasar, polisi dan perkembangan USIM yang sentiasa dinamik ini. Secara tidak langsung, StraComm memainkan peranan penting seperti yang dihasratkan Pengurusan Universiti untuk mometretkan penjenamaan dan memposisi USIM dengan sebaiknya bukan sahaja dalam negara tetapi peringkat antarabangsa.

StraComm dengan rasminya ditubuhkan pada 1 Februari 2013 sebagai salah satu Pusat Tanggungjawab baru yang diketuai oleh seorang Pengarah Pusat.  StraComm bergerak melalui 4 unit utama di bawahnya iaitu:

1. Unit Pentadbiran
2. Unit Pengurusan Acara dan Protokol
3. Unit Multimedia dan Info Digital
4. Unit Perhubungan Awam dan Media
5. Unit Pemasaran dan Promosi

KELAHIRAN STRACOMM

USIM terus meluncur laju kehadapan untuk menjadi sebuah Institusi Pengajian Tinggi berteraskan Islam yang gemilang melalui pengintegrasian Ilmu Aqli dan Naqli yang berkesan. Pada bulan Disember 2012, USIM menerima Naib Canselor Ketiganya iaitu YBhg. Profesor. Dato’ Dr. Asma Ismail. Pandangan beliau yang jitu kepada kecemerlangan Universiti ini menuntut kepada anjakan paradigma pemikiran dan tindakan warganya. Justeru, pada berkuatkuasa 1 Februari 2013, BKKPA ditransformasikan menjadi Pusat Komunikasi Strategik (PKS) dan Pusat Perhubungan Antarabangsa (PPA).

YBhg. Naib Canselor USIM melalui Majlis Amanat Tahun Baharu 2013 telah mengumumkan secara rasmi penubuhan PKS atau Strategic Communication Centre yang dijenamakan melalui singkatan StraComm.

Facebook

 Pusat Komunikasi Strategik ( StraComm)
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 8028/8142/6004, Faks: +606-798 8204, Emel: helpdesk[at]usim.edu.my