Panduan Jenama USIM

 

Walaupun masih muda, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menunjukkan perkembangan yang pesat serta kepelbagaian dari aspek akademik, penyelidikan dan pentadbiran melalui  8 fakulti, 6 pusat kecemerlangan dan lebih 40 jabatan. USIM menawarkan perkhidmatan pendidikan yang dinamik selaras dengan falsafah, misi dan visi penubuhannya yang berpaksikan integrasi ilmu Naqli (wahyu) dan Aqli (rasional).

Kepesatannya terserlah apabila jumlah pelajarnya meningkat lebih 10 kali ganda berbanding di awal penubuhan, dengan pelajar antarabangsa datang daripada hanpir 40 buah negara di seluruh dunia.

Kepelbagaian yang dinamik ini bermakna USIM  komited dan konsisten dalam berkomunikasi dengan masyarakat bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia.

Walaupun dalam persekitaran global yang pesat berubah dan semakin kompetitif, USIM perlu konsisten dalam menerangkan kepada khalayak mengenai aspirasi, rasional serta identiti penjenamaan universiti.

Justeru identiti visual yang mantap dan konsisten adalah sangat perlu bagi memastikan reputasi USIM terus dirasai dan dihayati, sekali gus meningkatkan keupayaan Universiti untuk mendapatkan dan menghasilkan pelajar dan kakitangan yang cemerlang.

Garis panduan ini diharap dapat memperkukuhkan lagi identiti penjenamaan USIM  dan memastikan kekuatan, kepelbagaian dan keunikan modal insan serta perkhidmatan pendidikan yang ditawarkan di Universiti merangkumi program peringkat Sarjana Muda dan Siswazah diterjemahkan dengan efektif dan berkesan.

Sila KLIK disini untuk muat-turun dokumen Panduan Jenama USIM.

 Pusat Komunikasi Strategik ( StraComm)
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 8028/8142/6004, Faks: +606-798 8204, Emel: helpdesk[at]usim.edu.my