Pengenalan

/Pengenalan
Pengenalan 2019-01-23T16:02:31+00:00

Pusat Komunikasi Strategik

Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) secara umumnya berperanan sebagai sebuah jabatan yang menjadi penyampai dan penghubung di antara USIM dengan pihak luar dan stakeholder Universiti. StraComm menjadi pihak yang berada dihadapan Universiti bagi menerangkan visi, misi, objektif, dasar, polisi dan perkembangan USIM yang sentiasa dinamik ini. Secara tidak langsung, StraComm memainkan peranan penting seperti yang dihasratkan Pengurusan Universiti untuk mometretkan penjenamaan dan memposisi USIM dengan sebaiknya bukan sahaja dalam negara tetapi peringkat antarabangsa.

StraComm dengan rasminya ditubuhkan pada 1 Februari 2013 sebagai salah satu Pusat Tanggungjawab baru yang diketuai oleh seorang Pengarah Pusat.  StraComm bergerak melalui 5 unit utama di bawahnya iaitu:

1. Unit Pentadbiran
2. Unit Protokol dan Pengurusan Acara
3. Unit Multimedia Kreatif
4. Unit Perhubungan Awam dan Media
5. Unit Perancangan Strategik